Isnin, 28 Ogos 2017

Adibah Karimah Turns 31 Today!

Adibah Karimah Turns 31 Today !
(28th August 1986 -28th August 2017)

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ! Dah 31 Tahun ALLAH bagi pinjam Nyawa Hidup di atas Muka Bumi ni. Jika ditanya apa Perasaan dah Berumur 31 ni? Jika Dulu Masih dibayangi angka 20 an, Kini 30 an memang Berbeza dari Segi Mental dan Fizikal. Terasa Lebih Dewasa Meniti ke hari senja dan Berfikiran lebih Terbuka dan Matang. gehtuuu... Yela, Anak2 Makin Meningkat Dewasa dan Membesar bagai Juara. Mak ni pun kadang2 sengal lagi.haha!

 InshaALLAH memang banyak target dan Azam terutama menjadi Wanita dan Isteri yang Solehah dan Ibu yang memberi Inspirasi pada Anak2. Target untuk Lebih Belajar dan Mendalami ILMU Kerohanian untuk Memperbaiki Diri yang Jahil Tentang ILMU Akhirat. Hidup di Dunia kita tak tahu berapa lagi Masa Berbaki untuk Persiapan Berjumpa yang Maha Esa.
.
.
.
Kematian Adik Bongsu Allahyarham Abdul Hakim pada Usia yg Masih Muda dan Belum Berkahwin 27 thn, Mmg memberi satu Impak yang sangat terkesan di hati. Rindunya pada Arwah memang tak tahu nak ungkap macam mana. Tak putus hari2 ingatan padanya.  Disebabkan Kematian yg mengejutkan, jadi masih lagi kebingungan. Walaupun dah 3 tahun Arwah Meninggalkan kami sekeluarga, Bayangan Arwah terasa masih ada didunia. Terpaksa Redha atas Jemputan Ilahi, lambat laun kita pula yg akan pergi. Kematian Menjelma bila2 masa sahaja waktu sihat mahupun sakit. Jadi sama2lah kita bersedia Untuk Menghadapi Hari Kematian. Bila Menjelma Hari Ulangtahun Ibarat Allah Memberi satu Signal untuk kita lebih Mengingati Berapa Lagi Masa Berbaki untuk kita persiapkan diri bertemu dengannya. Mohon sahabat yang membaca coretan ini, hadiahkanlah Al Faatihah pada Arwah Adik saya yg Tersayang "Abdul Hakim Abdul Majid". (Al - Faatihah). Terima Kasih
.
.
.
Percaya Rezeki Hanya Darinya
.

Baiknya Allah... Terlalu Baik ! IMPIAN Tahun 2017, Satu persatu Allah tunaikan. Syukur Ya Allah. Bermula awal tahun 2017 dengan Qualifiedkan Diri Melancong Ke ITALY. 4 Buah Tempat Jelajah ke Kota Italy (Milan, Rome, Venice). Memang Impian untuk Ke Negara Eropah terutama ke Italy mmg dari Zaman Kanak2 lagi ! Bila dah Kahwin Teringin nak Ke Italy sbb Nak Naik Gondola. Macam Romantik sgt tgk orang bergambar.haha! Nak la Feel Sendiri pulak kan. Selalu tengok di Google je, Bila Lihat dengan Mata sendiri SubhanaALLAH Cantiknya CiptaanNYA. Lebih2 lagi bila pergi dengan Cinta Hati Doc Love. Memanglah Over Best ! haha.. Syukur dapat Jejakkan Kaki ke sana dengan Izin Allah

  




Keduannya, Allah Izinkan Untuk Memiliki Kereta Toyata Vellfier 8 seater pada Awal Jun 2017. Yang ni dari Tahun Lepas lagi Mengidam sebab Anak dah 4 Orang. Coming soon tak tahu la kot bertambah anak kembar jadinya .haha! Sumbat masuk dalam BMW F30 sport termasuk Bibik memang sempitlah jadi sardin kami anak beranak...;p lol


Keramat Hidupku Ibu yang Pertama Rasmikan
Ketiga, IMPIAN yang tak disangka sangka Allah Makbulkan untuk Jejak ke Tanah Haram Baitullah Rumah Suci Allah, 10 Malam Terakhir Ramadhan dan Beraya disana. Nak menitis air mata kalau ingatkan kembali, betapa Baiknya Allah jemput kami Suami Isteri ke sana bersama Ayah & Ibu Mertua. Dari tahun ke tahun memang berniat mengerjakan Umrah apatah lagi Bulan puasa 10 malam terakhir. 

Menjadi Satu Tumpuan Seluruh Dunia Umat Islam Berkumpul disana Memohon Doa dan Hajat. Besar Pahala Ganjaran Menanti Beribadah di penghujung2 ramadhan untuk mengejar Malam Lailatul Qadar yang Allah Janjikan Malam Keampunan dan Malam yang lebih baik dari Seribu Bulan. Ya Allah Besarnya Rahmatmu. 

Allahuakbar! Pengalaman yang sungguh luar biasa Indah dan Terlampau Seronoknya. Rasa tenang je. Jika ditanya bagaimana Seronoknya disana, memang tak boleh lawan dari pengalaman jejak ke Negara yg lain. Sayu Hati dan terlampau sedih Bila Melihat Kaabah di depan Mata. Terasa Banyaknya Dosa Aku Ya ALLAH! Malu nak Lihat Rumah Allah seperti Belum Layak. Yang dah jejak ke sana memang akan terasa sendiri pengalaman yg luar biasa hebat ini. Pastinya Niat untuk Mengerjakan Haji pula diusia yg masih Muda dan Kuat ini dimasa yg akan datang. Izinkanlah Ya ALLAH. Ameennn

MALAM LAILATUL QADAR
10 Malam Terakhir Ramadhan 
BERPUASA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Hari Raya Pertama Aidilfitri 2017 
Keempat, Belum lagi Tertunai dan Amat Berharap Allah Izinkan Sebelum Penghujung tahun Kami Sekeluarga Dapat Berpindah Ke Rumah Baru. Rumah Sekarang di Magnaville Selayang Kami Mencari Penyewa yang Berminat Fully Furnished with 2 Free Carpark . Jika dah ada penyewa InshaALLAH dengan Izinnya Kami Berpindah ke Rumah Baru yang Jejak ke tanah la pulak. Sekarang di tingkat 20 condominium. Gerun kalau org nak dtg rumah sebab tinggi sgt duduknya.haha!

Itulah Diantaranya Wishlist Besar Tahun 2017. Terima Kasih Ya Allah ! Semoga Impian Kita Semua Allah tunaikan dan Hidup Sentiasa dalam Rahmat Keberkatannya

Last but not least, Sempena Birthday Hari ni yang ke 31, of coz sis ada Special Promotion Gempak Habis Habisan! Promo Premium Beautiful Corset & Biovelocity Sleep Mate! Memang Rugi sangat Kalau tak Grab This Special Promotion. Baru2 Ni sis ada buat 70% off, But Todayyyy Nak tambah lagi Hadiah Special untuk Bagi FREE Gift yang Best worth RM100++ ! So cecepat Grab Hanya Hari ni Sahaja Tambahan Hadiah Super Duper BEST okeyyy! Terus Whatapps sis 019 6615447. Free Postage!



Dan tak lupa juga yang Kenali Diri Ini, Sempena Ulangtahun sis Hari Ini, Doakanlah Moga "Adibah Karimah Bt Abdul Majid" Dipanjangkan Usia, Dilimpah Ruahkan Lagi Rezeki dan Sentiasa Berbahagia Bersama Keluarga Tersayang Berkekalan Till Jannah. Ameen 


Your Truly Love,
No 1 Trusted Premium Beautiful Specialist
Adibah Karimah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...