Khamis, 16 Jun 2016

Sanah Helwah Aqil Haarith

Salam Ramadhan ke 10

Sanah Helwah to My Boy Aqil Haarith Bin Harun. Genap 9 Tahun 2th May 2016! Wallahh, Dah besar panjang anak mama. Mak nya still muda remaja okeh..haha! Yela selalu je dapat tittle kakak and adik. kembang semangkuk kak ton diberi gelaran sebegitu...ceehhh! ekekkee

Act, Just a simple celebration untuk Aqil. Beli kek, makan2 & main games. Setiap hari Ahad is my Best Quality Time with Familia.. Baru terasa sekarang bila anak dah bersekolah Weekend la yg tersangat priceless for me nak Hang out with family. Ahad dah istihar No Masak2, No kemas2.. Semuanya Enjoy Hari Ahad termasuklah Bibikss.. Syok latteww bibik kalau tunggu Ahad. Kenapa Ahad tak sabtu? Sebab si Ayahnya masih membanting tulang menolong2 pesakit di klinik. heheee

So Time ni kitaorang plan Jejalan di Mid Valley. Kadang buntu nak pergi mana ntah. Cam bosan dah area kl ni.. Shopping Mall KL ni dah boleh sebut satu2 yg tu ada apa, yg tempat ni ada apa.. Nampak benoo kaki sakan berjalan..haha! (ciss, meluat korang baca)..;p tapi itulah hakikatnya. lol;p

Back to my Story Cerita Anak Sulong ni.. Yela Besday dia kan.. So Story la siket apa cerita yg best pasal Aqil ni.. Nak tahu ke tak? Say "I"..hahah (Gelak sakan!).. Sebab dah terbawak2 skill masa pergi training baru ni.. Yang tu belum cerita tu pun best gilsss... haaa, dah2.. back to my story.











Ok.. Aqil ni Orang nya yg jenis Kuat merenung jauh. Selalu je dapat teguran dr ustaz2 asik termenung je dlm class . Tapi termenung2 Hafaz banyak surah. Agak pendiam and banyak ikut gerak si Ayahnya. Actually Aqil tak berseokolah biasa mcm budak2 yg lain. Memula, darjah 1 & 2 kitaorang hantar di Madrasah Tahfiz Sains. Akademik + hafazan. 2 tahun pencapaian di sana mmg cepat nampak perubahan dr segi Bahasa Arab, Akademik. 

Tapi Hafazan lemah sedikit.  My concern is Anak2 nak lebihkan bahagian Hafazan & jadi Tahfiz yg berjaya. I think sebab banyak Homework yg nak kena Catch up jadi tak dapat nak pick up yg Hafazan tu dengan Cepat. Madrasah ni pun mmg quite tegasla. Everything pasal anak selalu je tulis dlm Buku Komunikasi. Even anak bawak Gunting kena rampas & siap bgtau kalau nak claim balik mak ayah kena dtg. lol..(Sedikit over disitu).. Act bila dah 2 tahun kat situ tak berapa berkenan dengan pengurusan kat sana. Especially bahagian pengetua. hurmmm.. malas nak komen tapi mcm tak sesuai pun ya jadi pengetua. Rupanya ramai Mak Ayah yg tak puas hati juga pengurusan kat situ dan hantar ke tempat lain & finally lebih cemerlang! Yela semua kejadian ada sebab dan musabah Allah nak bg yg lebih baik kan.

Jadi bila Aqil masuk Darjah 3 we decide nak move on ke New Tahfiz dan kat sini sepenuhnya hafiz. Akademik pula berasingan di luar. Dalam seminggu je nampak perubahan si Aqil lebih ceria, semangat dan happy. Mebe sebab Environment serba serbi baru.  Rasanya masa Madrasah yg dulu dia agak tertekan. Jadi skrg sepenuhnya focus hafazan shj. Lebi relaks dan tak tepu. Alhamdulillah dah masuk 6 Bulan di tempat baru tahfiz, he managed to hafal almost 2 juzuk & surah2 pilihan macam Yaasin, Sajadah & Al Kahfi..Hati ibu mana yang tak sejuk bila lihat anak sendiri dah fasih imamkan Adik dan sahabat dia yg lain. (Tulis ni pun rasa cam sebak ;(.. Alhamdulillah.. Sentiasa Doakan Aqil Haarith Bin Hasbi jadi Orang yang berguna untuk Masyarakat dan Berjaya di Dunia lebih2 lagi Akhirat. Amin amin Ya Allah. 

Actually ramai yg salah sangka sebenarnya.. Kalau anak Full tahfiz mcm mana Akademik etc & apa Bidang dia nak kerja nanti. Dulunya  mmg berfikiran begitu. But all this change my mind bila Allah temukan saya dengan sorang hamba Allah di satu Pusat Tahfiz. Dia bertanya dgn saya. Apa target Puan pada si Anak? Jawab saya, saya nak dia Berjaya menjadi Hafiz yg menghafal 30 juz Al Quran. Kenapa saya mcm ni dan minda sy sebegini? Semuanya titik perubahan setelah saya kehilangan Adik kesayangan secara drastik! Hari ni dia ada spt biasa gelak tawa riang. Esoknya Allah dah ambil nyawanya. Kita pun belum tentu bila nak dijemput. Mungkin Esok atau Lusa. Allahu.. Oleh kerana itu adalah salah satu Sebab yg teramat kuat mendorong utk jadikan Anak2 saya sbg penghafaz Al Quran dan dapat memberi Syafaat pada Ibu Ayah di Akhirat kelak.

Kata Si Ustaz, ramai yg salah anggapan tentang Tahfiz. Klu tak ambil akademik xda peluang masa hadapan. Peluang masa hadapan tak da sapa boleh ramal kecuali Allah Azzajawalla. Sistem tahfiz yg praktikal di  Malaysia, once anak kita dah tamat hafaz 30 juz Al Quran terpulang pada mak ayah utk teruskan pengajian disini atau pun di Mesir atau memana shj. Jika kita memilih utk sambung ke sana, nnti balik ke sini  dia akan ambil terus utk menduduki SPM. Persiapan menduduki SPM akan diberi masa utk diaorg belajar akademik yg asas. Kalau namanya dah penghafaz al quran yg lain pastinya mudah nak hafal and paham kan. lps tu, dia boleh sambung di mana2 pengajian based on Minat. If nak Jadi doktor, teruskan pengajian as a doktor or etc. Jadi tiada istilah tak da masa depan utk org yg bergelar tahfiz. Cumanya peringkat kecil ni mak ayah sendiri ubah sistem dr kerajaan ke Swasta. Berdasarkan pengalaman sendiri 6 thn belajar nak sampai ke upsr mmg dah x ingat apa pun dah. haha.. Tapi surah2 lazim yg Hafal dari kecil tu la yg melekat di kepala sampai sekarang.


Target 2-3 tahun Aqil Tamat jadi hafeez,  me & hubby plan nak send Aqil to Mesir..(semoga diperkenankan Ya Allah!) That time dah 13 tahun. Disebabkan ini jugalah menjadikan Satu Push factor dlm my list "BIG WHY". Sediakan Dana yg Cukup utk bg yg terbaik pada Anak2. Itulah salah satu saham Akhirat kita sbg pendidik Ibu Ayah. Kalau Cantik Coraknya, cantiklah ia. Jika Buruk lakarannya Buruklah ia. 

Bila kita dah plan dan lakar impian untuk anak2, sentiasa berikan satu Gambaran dan lakaran  inspirasi untuk anak2 utk trs Move On.  Allahuakbar! Semoga Aqil Haarith Bin Hasbi menjadi seorang Tahfiz yg menyejukkan Hati Ibu Ayah. Ameen....

tahfiz


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...