Rabu, 20 April 2016

Meet Harry Potter!

Meet Harry potter at Universal Studio Japan!

Get ready dari hotel seawal jam 8 pagi menuju ke USJ.. Seharian nak berkampung di Universal Studio Japan and back to kebudak budakkan lah pulaknya jadi. ekeke.. Ok, kalau korang yang memang first time ke Osaka ni, rasanya USJ is the most important things yang korang kena tuju. Paling Top sekarang yang seluruh dunia bercerita pasal perkampungan Harry potter yang terbesar didunia dlm alam Universal Studio. Actually im not really fan harry potter ni tapi adalah juga melayan skit2 movie tu. kalau tak tengok pun tak da la kemaruk nak carikan.haha... Disebabkan terpengaruh cerita Si Travel Agent ni yang cerita pasal harry potter tak kesudah, jadi kami sanggup beratur nak masuk dalam dunia fantasi harry potter selama 3 jam beratur!! perghhh! tapi nasiblaa datang berkumpulan yang geng sekepala.. masa beratur kecohh pakat2 bercerita kisah masing2 sambil beratur sambil makan baki2 dari breakfast hotel. Yang mana tapau telur, tapau ketupat, sambal serunding etc.. dah macam hari raya daaa.. so lets kita enjoy dulu gambar2 pengembaraan sepanjang berkampung di USJ and kita selit2 juga bercerita apa yang menarik dalam tu..

adibah karimah in USJ

ADIBAH KARIMAH AT JEPUN

depan pintu gerbang universal studio japan

gembira bersama kawan kawan di USJ

Time ni baru sampai depan pintu, menjerit tak hengatt dah laki sebelah!  Macam jakun, teruja & like orang kampung masuk bandar..haha~~;p.. Dalam  ni memacam karakter pun ada like superman, batman, spiderman, hello kitty, snoopy and so on.. Jadi dah tahu nak kena beratur panjang, 1st place kitaorng terus sambar beratur masuk perkampungan Harry Potter.

HAPPENING DI USJ

beautiful architecture at harry potter
Pintu Gerbang nak Masuk perkampungan Harry Potter.. Seriously, Tergamam!! Cantikkk sangat macam nak menangiss!!

adibah hasbi dan zahirine

geng bisnes haio

beratur nak masuk harry potter ride

kenangan terindah di usj

MasyaAllah, Beautiful Architecture

adibah karimah gembira sakan di usj

tempat yang best

husband and wife di usj

Ok, time ni kitaorang baru keluar dari perkampungan Harry Potter. my review is...Best Giler and tersangat Ohsemmm babehh!! Dalam ni actually yang beratur panjang tu sebab nak ride 3D dalam dunia fantasi Harry Potter. Beratur 3 jam tapi naik ride adalah dalam 10 minit! Huawawa.... Masuk dalam tu pakai spek hitam 3D then si Harry Potter ni bawaklah naik penyapu ajaib dia tu terbang sama2 untuk selesaikan misi banteras orang jahat..haha.. masih teringat2 meligat lagi dlm kepala ni.. Gileer tak best! menjerit tu mesti bila macam korang rasa depan2 bercakap dengan karakter2 tu..haha! memang baloiii la kalau beratur 3 jam pun! pengalaman yang tak kan dapat memana and not sure la bila la pulak nak dtg sini kan. thumbs up!!







Its time to go back and have a Dinner! Malam tu kitaorang disajikan Makanan Turki berdekatan dengan Shinsaibashi. Tempat ni pun memang kalau ke Osaka dah jadi satu tumpuan pelancong membeli belah dekat sini. Actually Jepun ni semua barangan pun mahal. Imagine souviner paling cikai yang plastik pun RM15 ke RM20 satu. kalau kat kl ni rm0.50je kot..ekekek! tapi kalau nak shopping sini baik jangan convert la into RM nanti kan menangis air mata darah pastu korang duk asyik main 'letak angkat letak angkat' sebab kepala ligat pikir nak beli ke tak..haha! sebab kenangkan harga jauh lebih mahal and barang sama je kot macam di petaling street. yang bezanya sebab beli di Jepun... Jadi kalau orang tanya ko beli mana kasut ni..aku beli jepun.. Jadi nampakla kehavockan ckit even sama jurr dengan PS..lol;p

gembira di shinsaibashi

berhadapan restoran ketam di shinsaibashi


bersama mascot glico man di shinsaibashi

With Glico Man yang menyala mengerlip ngerlip! time ni sejuk tahap beku -ve celcious ok!

Back to Imperial Hotel and zzzz... so, sambung lagi untuk next day yg lagi happening melihat Bunga Sakura! yayyy



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...