Selasa, 29 Disember 2015

School Holiday part 2!


Day 3

Breakfast at Bayou. Seriously Breakfast dekat sini memang Best, makanan banyak pilihan & sedap! 

Selesai Breakfast balik bilik, then turun lagi ke Waterpark mandi manda around 2 hours then packing to check out! Misi ke Port Dickson mesti diteruskan..yeahh! 

Sebut je PD terkenal dengan Pantai Teluk Kemang.. If makanan terkenal dengan Cendol and Nasi Ayam Panggang! Kitaorang tak lalu Highway. Laluan ikut jalan kampung sebab suka berhenti if ada nampak benda2 yg menarik like makanan! Hahaha..;p.. Makan! Makan! Makan! Itulah kerjanya..lol;p

Lepas Solat Jumaat, berhenti Lunch dekat satu gerai ni "Nasi Ayam Panggang".. Dari jauh dah nampak berasap & ramai jugakla orang. Disebabkan diaorang tak cukup kakitangan jadi kami terpaksa menunggu almost 1 hour! Tongkat dagu la..Nasib baik sangat sedap, puas hati ayam besar, berbaloi dan Murah! Tak sempat nak snap pic sebab kebulur sgt dah memasing. Yang lagi best kat sini kalau nak tambah nasi, kuah, sambal if pakai pinggan sama its FREE.. ! Kalau la kat Kay Ell pun buat macam ni 10 x menambah gamaknya kongsi sekali ngan anak..Eekkeke..;p

Selesai makan terus ke Homestay nearest dekat Teluk Kemang. Not Bad! Cantik susunan hiasan dalam rumah. Ada Mesin Basuh, peti ais, water boiler, and dalam toilet siap tersedia shampoo Pantene, body Wash liquid, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan! Terasa di rumah! Sebelum ni if sewa Homestay biasanya diaorang just prepare Basic thing sahaja. Dalam bilik pulak bantal berbantal2 diaorang sediakan & siap ada tikar utk bawak berkelah tepi pantai. I love this home! like 10 ribu kali..haha!

Petang tu sesiap nak mandi manda di Pantai Teluk Kemang. Si baby kecik Amina Sofia suka sangat main Air. We build istana pasir. Sekali air ombak masuk dalam lubang terus jerit2. Haha..! What a beautiful moment with kiddos. Datang PD tak sahla kan if tak Naik Banana Boat round pulau.. Ingat nak try naik yg duduk atas pelambung besar then diaorang tarik dengan boat. Tapi pakcik tu baik hati sangat bagitau nanti lepas naik akan sakit bahu.. Bagus betul dia ni..kalau orang lain tak nak bagitaunye asal kan naik je boleh masyukk..huhu.. Nak naik parasailing takut la pulak Gayat! Alih alih naik Banana Boat jela & Mandi pantai. 


mandi manda pantai telok kemang port dickson negeri sembilan

kami sekeluarga seronok naik banana boat di telok kemang port dickson

kami sekeluarga mandi pantai telok kemang port dickson

anak-anak seronok main pasir mandi pantai telok kemang port dickson

anak2 seronok mandi manda pantai telok kemang port dickson

amina seronok main ombak mandi pantai telok kemang port dickson

amina sofia berenang mandi pantai telok kemang port dickson
Malam tu dah penat sangat pergi makan Seafood & Ikan Bakar nearest Homestay! Balik kekenyangan terus zasss berdengkur..;p

Day 4

Pagi tu Breakfast Nasi Lemak sambil mandi dekat pantai and makan ais cream "colek".. Hehee~~ That time baru Jam 830 pagi and  orang pun tak ramai.. Si Mak & ayah dah malas dah nak mandi. Temankan anak2 jela mandi puas2 sebab dah nak balik Kay Ell today.


kami sekeluarga seronok mandi pantai telok kemang port dickson waktu pagi

kami sekeluarga seronok mandi pantai telok kemang port dickson


amina sofia seronok main pasir pantai telok kemang







Around 1030 pagi balik ke Homestay. Rehat2 and Check Out around 1pm.

Lunch at " Cowboy Ayam Panggang".. Yang ni pun tempat yg dah sangat fames sejak dulu lagi. Siap masuk JJCM kot. Baca review pasal tempat ni, service yang pantas, murah & sedap! Apa lagi, zass ke sana.. 

makan nasi kukus ayam panggang paling best di port dickson


nasi ayam panggang cowboy paling lazat







Compare to semalam, yang semalam di gerai tepi jalan tu 5x lagi best rasanya.. Heheee

Selesai Makan2, last destination ke Rumah Terbalik PD. Sesampai sana, dah nampak ramai bersesak barat depan kaunter.. Pergi tanya dulu dekat staff sana.. Banyak tak pameran dalam sana.. Boleh pulak dia cakap tak banyak sangat pun..sikit je.. Gambar terbalik ada dalam 10 jurr. Nak ambil gambar pun sesak nanti..haha..! rasa lawak la pulak ngan minah ni.. Macam tak kasi masuk ye pun.. Mebe sebab ramai sangat jadi dia pun mementingkan keselesaan pengunjung. Jadi just tengok pameran gambar2 yg tertampal di dinding jela..Menarik and tertarik, especially bila tengok gambar Makcik dalam Jamban & pakcik tarik tangan nak bawa makcik keluar..haha..lucu & seriously real picture.hehe..  Takpela in shaa Allah next time mesti ada rezeki lagi bawak anak2.  

So before pulang ke Kay Ell, singgah makan Cendol Bakar .. Yang ni pun antara list suggestion pengunjung2 yang datang ke Port Dickson..Bolehla layan! Tapi yg dekat melaka baba nyonya aritu lagi fresh durian like ice cream. Yang ni durian cair. 😅

menikmati cendol bakar paling best di port dickson









menikmati cendol bakar durian paling best di port dickson




Finally, selesai sudah 4 days 3 night our School Holiday with kiddos! I think banyak spend utk makan2 yang best! Kids so enjoy mandi manda sampai kecut mecut..! But Every Sunday dah jadi satu kewajiban juga untuk kitaorang spend One full day outing with kiddos main2 game/Makan/Shopping..  So diaorang pun dah terover enjoy sangat dah. ;)

Till we meet again story School Holiday 2016! Semoga Panjang Umur dan Sentiasa Dimurahkan Rezeki bersama Anak-anak..Ameen!

Xoxo 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...