Khamis, 18 Jun 2015

Ramadhan tiba lagi...









Assalamualaikum.. 

Ramadhan Kareem Bulan yang penuh dengan kemulian tiba lagi kali ini tahun 2015. Dipanjatkan kesyukuran pada yang maha Agung pencipta seisi Alam Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan terus mencari hidayah memperbaiki diri yg senaif naifnya ini..Allahhurabbi...!

Sesungguhnya Ramadhan kali ini memberi sejuta impak yg mendalam dalam hati. Semua dengan takdir Allah. Yang hidup pastinya menemui Ilahi satu hari nanti. Masa, tempat, dan tarikh bila bakal dijemput  hanya yang maha Agung sahaja ketahuinya. Semua telah tertulis di Luh Mahfuz. Yang masih Hidup persiapkan dengan Amalan2 Keimanan untuk dibawa kesana kelak. Peringatan untuk diri sendiri... Bukan Harta mahupun Pangkat yang dibawa. Tidak sama sekali..! Hanya Amalan yang dibawa...

Seminggu sebelum kedatangan Ramadhan yang penuh kemulian, dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan dan menghayat hati. Peninggalan Adik tercinta ke Rahmatullah di usia 27 tahun akan dikenang sampai bila2. Tarikh 11 Jun 2015 bersamaan tarikh lahir si kakak menjadi satu noktah hari Kematian si Adik dan Hari kelahiran si kakak. Hati mana yang tidak runtun. Semua atas kehendakNYA. Kami Redha dengan takdir Allah SWT.  Usia yang masih muda dijemput mengadap Ilahi. Inilah dikatakan Dunia pengakhiran zaman. Kematian diusia Muda sama banyak kematian diusia yang tua.

Ya Allah, hati ini masih belum kuat untuk menerimanya tapi siapa boleh melawan takdir Allah. ):"... Semua yang bernyawa atas muka bumi pasti akan dijemput tapi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Arwah menaiki motosikal untuk pulang ke rumah selepas membeli Barangan di area Ampang. Dilanggar dari tepi oleh sebuah kereta yang memandu dengan penuh kecuaian sambil melihat GPS kata saksi yang melihat. Ramai yang berkerumun berhampiran Arwah sebelum menembuskan nafas terakhir dan kami sekeluarga amat menghargai pertolongan saudara2 islam yang mengajar "lailahaillahAllah"... Syahid buatmu adikku. Usia yang muda, masih belum berumahtangga dan sentiasa mendahulukan si Ibu di hati dalam apa jua keadaan. Ya Allah... hanya engkau sahaja yang tahu perit dan kaku hati ini pabila menerima berita kematian si adik. Moga dikau tenang di sana...

Adik yang mendengar kata keluarga, yang suka menolong kakak dan abang tak kira waktu..begitu juga dengan sahabat2 yang lain. Tidak suka menyusahkan ahli keluarga sehinggakan kematian senang diuruskan sehingga ke liang lahad. Allahhuakbar! Ramai yang memenuhi ruang Hospital Kuala Lumpur di perkarangan bilik mayat. Tak sampai disitu, ada beberapa buah kereta konvoi beramai2 menghantar jenazah ke Kuala Terengganu untuk disemadikan bersama Arwah Ayah, dan Arwah keluarga disana. Ya, terlalu ramai merasai perit kehilanganmu, tapi Allah telah buat yang terbaik untuk si Arwah dan yang masih Hidup sentiasalah mengingati Detik kematian.  Seminggu telah Arwah kembali ke rahmatullah, ingatan pada Arwah sentiasa terbayang dimata dan lajunya air mata mengalir tanpa dipaksa. ;("

 Pastinya alunan ayat2 suci Al Quran akan sentiasa mengiringimu disana wahai Adikku.  Kenangan dari kecil sampai ke besar akan dikenang sampai bila2 kim :("...Ya ALLAH kuatkan hatiku ini Ya Allah untuk meneruskan kehidupan.. Moga aku jua dijemput olehMU dalam keadaan Husnul Qhatimah. Amin amin yarabalalamin...


Saya juga ingin memohon pada Sahabat2 sekalian, untuk mendoakan Arwah berada di golongan Orang2 yang beriman, dan para2 syuhadah. Berada di Taman2 Syurga dan dijauhkan dari Azab Kubur dan Api Neraka Jahanam.  Tenanglah dikau disana Adikku Abdul Hakim B. Abdul Majid....

Al Fatihah....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...