Rabu, 29 Februari 2012

Probiotics Lebih Baik Daripada Multivitamin ~ part one


Salam, kali ini nak kupas lebih lanjut berkenaan minuman Yogurt Lactolite Kultur Hidup (Probiotics) dan Inulin. Pernah saya cerita dlm entri sebelum ini secara ringkas kegunaan Lactolite untuk menguruskan badan, dan gabungan Premium Beautiful corset dan Lactolite untuk kesan yg lebih cepat.

lactolite life culture and inulin yogurt drink contains probiotics for weight loss diet program

Lactolite, minuman yogurt yang mengandungi kultur hidup dan inulin sangat baik untuk kesihatan kita. Di sini nak berkongsi sedikit fakta berkenaan kultur hidup tu, ataupun nama saintifik dia Probiotik.

lactolite life culture and inulin yogurt drink from hai-o contains probiotics for weight loss diet program

Kajian terbaru mengesahkan probiotik sangat penting untuk kesihatan dan kunci kepada anti-penuaan. Ramai orang pentingkan kesihatan dan mengamalkan pengambilan multi-vitamin tetapi sebenarnya pengambilan probiotik adalah lebih baik.

Probiotik adalah bakteria baik yg hidup dlm salur penghadaman bermula dari mulut, tekak, usus sehingga ke dubur. Banyak juga terdapat dalam mata, telinga, pundi kencing, vagina dsb.

Dalam badan kita actually ada ekosistem yg sgt kompleks gabungan mikroorganisma baik dan berbahaya terdiri drp bakteria, virus, kulat dan protozoa. Probiotik inilah yg menolong badan kita menentang bakteria berbahaya, toxin dan alergen drp memasuki badan kita.

Jumlah sel probiotik adalah 100 trillion, dan berat sel probiotik dlm badan adalah 3.5 paun, lebih berat drp jantung (0.7 paun) dan otak (3 paun).

lactolite life culture and inulin yogurt drink contains 100 trillion probiotics for weight loss diet program

Probiotik menguatkan sistem imun.


  • Probiotik bertanggung-jawab 70-80% dalam sistem imun badan kita. Ia menghalang bakteria jahat drp membiak dan memasuki badan kita. Ia juga mengajar sistem imun supaya tidak over-react terhadap bendasing yg tidak berbahaya seperti alergen. Saintis mengesahkan alergi disebabkan badan seseorang itu terdapat lebih banyak bakteria berbahaya drp bakteria baik iaitu probiotik yg sepatutnya bagi orang yang sihat.
  • Sistem penghadaman usus bayi dlm kandungan adalah steril. Bila ibu melahirkan anaknya secara normal, baby tu mendapat first dose of probiotics drp salur peranakan ibunya. Selepas itu, susu awal ibu mengandungi 40% kandungan probiotik. Koloni probiotik semakin bertambah saban hari, dan menguatkan sistem imun bayi untuk mencegah pelbagai penyakit dan kembung perut.
  • Probiotik menolong melawan virus yg menyebabkan selsema, ulser, dan virus rota dan virus herpes.
  • Probiotik juga melindungi kita drp kanser payudara, kolon dan pundi kencing. Saintis mengesahkan bahawa probiotik dlm salur penghadaman mempengaruhi kestabilan genetik tubuh kita.
  • Probiotik mencegah dan menyelesaikan masalah berkaitan penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, penyakit Crohn dsb. Kajian juga mengesahkan sesetengah probiotik bersifat anti-radang.
Cukup dulu untuk kali ni, kalau nak tau lebih lagi apa kaitan Probiotics  dan vitamin serta mood kita, tunggu entri akan datang okeyy~~!!!

Jika kwn2 ada pendapat utk dikongsi, silalah komen okey!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...